Kursus Asas Microsoft Excel & Powerpoint (Batch II)

27 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 26 Oktober 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus asas Microsoft Excel dan Powerpoint. Kursus ini telah disertai oleh ahli-ahli pusat internet yang berumur di dalam lingkungan 18 – 55 tahun.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengenalan asas Microsoft Excel dan Powerpoint kepada peserta di samping mengukuhkan lagi pengetahuan asas tentang penggunaan aplikasi Microsoft Office. Peserta diajar cara penyediaan belanjawan melalu Microsoft Excel dan Slide Tentang Diri Saya melalui Microsoft Powerpoint.

Semasa kursus dijalankan, tayangan video Klik Dengan Bijak (Peeking) turut dipamerkan untuk memberi kesedaran kepasa peserta agar lebih berhati-hati ketika mengggunakan telefon pintar di khalayak ramai agar butiran peribadi tidak terdedah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Secara keseluruhannya, kursus ini membolehkan peserta menggunakan Microsoft Excel untuk membuat pengiraan perbelanjaan bulanan dan lain-lain. Tambahan pula, peserta dapat menghasilkan slide yang lebih kreatif dengan menambah animation dan transitions dalam slide. Melalui kursus ini juga, peserta lebih peka akan kesedaran melindungi butiran peribadi mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali